You can also change the title listed above and add new blog articles as well.
Baca LagiYou can also change the title listed above and add new blog articles as well.
Baca LagiYou can edit all of this text and replace it with anything you have to say on your blog.
Baca LagiPERKARA | PENERANGAN |
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, DAN RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI. | BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN DAPAT MEMBERI KESAN KEPADA PEMERIKSA. SILA RUJUK PENULISAN SAYA SEBELUM INI BERKAITAN JENIS-JENIS PENGENALAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN. |
AYAT RANGSANGAN 1 | AYAT DIBINA UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA Berdasarkan ………tulis jenis pengenalan dipillih………jelaslah bahawa ........................... ………..isu/ tema karangan, berdasarkan tajuk karangan dipilih. |
AYAT RANGSANGAN 2 | AYAT RANGSANGAN KEDUA- MENERUSKAN RANGSANGAN DAN MINAT PEMERIKSA MEMBACA KARANGAN PELAJAR SETERUSNYA. Hal ini demikian kerana…………………… |
AYAT RANGSANGAN 3 | MENERUSKAN RASA MINAT PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR. Bahkan juga……………………. |
FRASA MENARIK | PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA Peribahasa Melayu ada mengatakan/ Kata-kata pemimpin tuliskan nama/ Firman Allah ……………………………………….. ulaskan sedikit |
UNSUR KBAT | KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM Sekiranya……………………akibatnya. ……………………. |
AYAT ARAHAN | MENULIS AYAT TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk karangan……. |
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, DAN RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI. | Negaraku Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup bersatu dan maju, Rahmat bahagia Tuhan kurniakan, Raja kita selamat bertakhta, |
AYAT RANGSANGAN 1 | Lirik lagu Negaraku di atas meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati saya sebagai seorang warganegera Malaysia. |
AYAT RANGSANGAN 2 | Sekiranya, lagu kebangsaan ini tidak mengusik jiwa pendengarnya, sudah pasti mereka bukanlah rakyat Malaysia sejati. |
AYAT RANGSANGAN 3 | Seyogia sebagai warganegara yang sayang akan negara, kita perlu berkorban apa sahaja tamsilnya aktiviti yang kita lakukan contohnya dalam bidang sukan. |
FRASA MENARIK | Harimau mati meninggal meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. |
AYAT RANGSANGAN | Para atlet ternama negara seperti Allahyarham Mohtar Dahari, Dato’ Nicol Ann David, Dato’ Misbun Sidek, Dato’ Lee Chong Wei dan banyak lagi atlet negara telah mewarnai sukan negara terutama untuk memartabatkan negara agar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara terbilang dalam acara sukan. |
UNSUR KBAT | Sekiranya atlet-atlet negara di atas tidak melakar nama negara di persada dunia, sudah pasti nama negara tidak akan dikenali oleh masyarakat dunia. |
AYAT ARAHAN | Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk memajukan sukan negara, kerana mutu sukan negara ada pasang dan surutnya. |
TEMA/ KATA KUNCI ISI | PELAJAR MENULIS KATA KUNCI/ ATAU ISI- YANG HENDAK DITULIS ( APA ISI YANG HENDAK DIPERKATAKAN) |
AYAT HURAIAN 1 | AYAT HURAIAN ISI. (MENGAPA- TENTANG ISI) PENANDA WACANA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMULAKAN AYAT ISI:- |
AYAT HURAIAN 2 | AYAT HURAIAN ISI SETERUSNYA ( BAGAIMANA – ISI TERSEBUT BERLAKU ATAU TERJADI) |
AYAT HURAIAN 3 | AYAT HURAIAN ISI SELANJUTNYA. (KENAPA – BERKAITAN KETERANGAN ISI SELANJUTNYA ) |
AYAT CONTOH | AYAT CONTOH- PERLUNYA PELAJAR BANYAK MEMBACA UNTUK MENGAITKAN ISI DENGAN CONTOH SEMASA (KEMATANGAN) |
UNSUR KBAT | SEBAB DAN AKIBAT- JIKA BERLAKU----JIKA TIDAK…….KESANNYA…….. |
FRASA MENARIK | PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA. SEKIRANYA PELAJAR BIJAK- FRASA MENARIK BOLEH DISELIT DI MANA-MANA RUANG DALAM JADUAL PENGEMBANGAN ISI |
AYAT PENEGAS | TEGASKAN SEMULA ISI KONKLUSINYA/TELAH TERANG LAGU BERSULUH/JELASNYA/ TEGASNYA…………..TULIS SEMULA ISI YANG DIFOKUS |
Kata Kunci Isi | Pada hemat saya, antara langkah untuk memajukan bidang sukan di negara kita adalah dengan menyediakan imbuhan kepada atlet sukan yang telah berjaya dalam karier mereka sebagai atlet bertaraf dunia. |
Ayat huraian 1 | Hal ini demikian kerana, dengan adanya imbuhan lumayan atau insentif tersebut para atlet akan lebih bersungguh-sungguh mempertajam kemahiran mereka untuk berhadapan atlet-atlet besar dunia. |
Ayat huraian 2 | Oleh itu, adalah tidak salah jika atlet-atlet yang telah mencurahkan keringat dan berjaya dipersada dunia diberi imbuhan setimpal dengan jasa dan bakti mereka menggugat dan mengatasi jaguh-jaguh sukan ternama dunia. |
Ayat huraian 3 | Kini, atlet negara kita amat disegani oleh atlet dunia terutama dalam permainan badminton, squash, acara larian sukan paralimpik, acara terjun lompat anjal, lompat kijang dan sebagainya kerana mereka telah membuktikan bahawa mereka setaraf dengan jaguh bertaraf dunia yang lain. |
Ayat contoh | Tamsilnya, atlet paralimpik negara seperti Latif Romli yang telah menggegarkan dunia, bukan sahaja memecah rekod atlet dunia dalam acara lompat kijang, malahan memecahkan rekod sendiri di Stadium Olimpik Reode Janeiro, Brazil. |
Ayat Berunsur KBAT | Sekiranya, insentif ini tidak diberi sudah pasti mutu sukan negara tidak akan setaraf dengan perkembangan sukan negara maju. |
Ayat Berunsur KBAT | Malahan untuk kita melihat lebih ramai anak bangsa berjaya dalam bidang sukan agak sukar. |
Frasa menarik | Peribahasa Melayu ada mengatakan di mana ada gula, di situ ada semut. |
Ayat penegas | Benarlah bahawa menyediakan imbuhan yang lumayan kepada atlet dapat memajukan bidang sukan negara. |
PERKARA | KETERANGAN |
Ayat Penyimpul | Ayat untuk permulaan penutup perenggan Konklusinya…………………………………………………… |
Ayat cadangan | Seyogia …………….. |
Ayat cadangan | Oleh sebab itu, ………………………. |
Ayat cadangan | Tambahan pula, ………………………….. |
Frasa menarik | Hal ni kerana ………………………………… |
Ayat harapan | InsyaAllah, sekiranya………………………………. |
PERKARA | KETERANGAN |
Ayat Penyimpul | Konklusinya, usaha untuk memajukan sukan negara adalah tanggungjawab bersama. |
Ayat cadangan | Seyogia sukan sememangnya alemen penting dalam pembentukan insan seimbang dan pembentukan negara jaya. |
Ayat cadangan | Oleh sebab itu, semua pihak perlu berusaha membudayakan aktiviti riadah dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda. |
Ayat cadangan | Tambahan pula, ibu bapa merupakan orang paling hampir dan bertanggungjawab mencorak kehidupan anak-anak kerana anak-anak ibarat kain putih, dan ibu bapalah yang mencorakkanya supaya mereka berjinak-jinak melibatkan diri melakukan aktiviti yang bermanfaat ini. |
Frasa menarik | Hal ni kerana untuk pembentukan insan paling afektif dilakukan semasa kecil lagi kerana melentur buluh biralah daripada rebungnya. |
Ayat harapan | InsyaAllah, sekiranya aktiviti sukan menjadi budaya seharian masyarakat, usaha kerjaan untuk melahirkan lebih ramai atlet negara dan jika tidakpun akan melahirkan masyarakat yang sihat untuk membangunkan negara tercinta. |