23 May
KAEDAH PENGOLAHAN

PENDAHULUAN ( anggaran 70 patah perkataan )

Pendahuluan = PU/DEFINISI + AH + AC + AA


Penyataan Umum (PU) / Definisi

· Terdiri daripada satu ayat sahaja.

· Ditulis berdasarkan tajuk.


Ayat Huraian (AH)

· Terdiri daripada satu hingga tiga ayat.

· AH1 : Senario / perkembangan isu yang dibincangkan pada masa ini.

· AH2 : Faktor / Kepentingan / Kesan kepada individu / keluarga / masyarakat / negara (bergantung kepada dimensi soalan).

· AH3 : Kesinambungan daripada ayat huraian 2 dan boleh menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)


Ayat Contoh (AC)

· Anda boleh memberikan satu atau melebihi satu contoh.

· Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan kehendak soalan.


Ayat Arah (AA)

· Menyatakan pendirian anda sama ada bersetuju atau tidak dengan soalan secara umum.

· Perlu menyatakan fokus arahan yang diberikan.

· Anda boleh menulis dalam bentuk ayat penyata atau ayat tanya bergantung kepada kreativiti anda.


Peringatan :

· Baca arahan dengan teliti dan gariskan kata kunci dan fokus arahan.

· Jangan sesekali memasukkan isi dalam perenggan pendahuluan.

· Tidak perlu menyatakan isi utama dalam ayat arah.


ISI ( anggaran 80 patah perkataan X 5 ISI = 400 patah perkataan )


Isi = AT + AH + AC + AP


Ayat Topik (AT)

· Terdiri daripada satu ayat sahaja dan mestilah ringkas, padat dan jelas.

· Ditulis pada permulaan ayat.

· Menjadi pencetus idea untuk pengembangan ayat seterusnya.


Ayat Huraian (AH)

· Terdiri daripada satu hingga lima ayat.

· Dihuraikan secara mendalam menggunakan formula 5W 1H 1I / MASSBBD (Mengapaa, Apa, Siapa, Sekiranya, Bagaimana, Bila, Di mana)

· Setiap ayat huraian mestilah menunjukkan kesinambungan dengan cara menggunakan penanda wacana yang sesuai.


Ayat Contoh (AC)

· Anda boleh memberikan sekurang-kurangnya satu contoh.

· Pastikan contoh yang diberi sesuai dan relevan dengan keadaan dan bertepatan dengan kehendak soalan.

· Kedudukan AC boleh di mana-mana sahaja tetapi mestilah sebelum AP.


Ayat Penegas (AP)

· Merupakan ayat kesimpulan kecil bagi setiap isi.

· AP menegaskan semula AT dengan menggunakan ayat berbeza tetapi masih mengekalkan maksud yang sama dengan AT.


Peringatan :

· Setiap isi mestilah ditulis dalam satu perenggan sahaja.

· Tidak boleh menggabungkan 2 isi dalam satu perenggan.

· Tidak boleh menulis 1 isi dalam beberapa perenggan (dikira sebagai mengulang isi).


PENUTUP ( anggaran 70 patah perkataan )


Penutup = AK + AC + AH


Ayat Kesimpulan (AK)

· Terdiri daripada satu hingga dua ayat .

· Merumuskan keseluruhan karangan.

· Tidak menyenaraikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira salah).

·


Ayat Cadangan (AC)

· Terdiri daripada satu hingga dua ayat.

· Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan.

· Tidak memerlukan huraian panjang.


Ayat Harapan (AH)

· Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai dalam usaha menangani isu yang dibincangkan.

· Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan AC.

· Kaitkan dengan dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.


Peringatan :

· Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan.

· Perenggan kesimpulan haruslah seimbang dengan perenggan pendahuluan.

· Mesti memasukkan ayat cadangan dan harapan.




Komen
* E-mel tidak akan diterbitkan di laman web.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING