TEKNIK MENULISAN KARANGAN  image

Jadual pengembangan idea karangan terbahagi kepada tiga fokus:-

  • Pengembangan idea bahagian pengenalan karangan.
  • Pengembangan idea bahagian isi karangan.
  • Pengembangan idea bahagian penutup karangan.
  • Pengembangan idea bahagian isi karangan bergantung kepada karangan yang perlu dihasilkan, sama ada karangan berpandu ( 4 isi), karangan umum ( 5 isi ).

JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN:-

PERKARAPENERANGAN
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, DAN RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI.BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN DAPAT MEMBERI KESAN KEPADA PEMERIKSA.

SILA RUJUK PENULISAN SAYA SEBELUM INI BERKAITAN JENIS-JENIS PENGENALAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENULIS KARANGAN.
AYAT RANGSANGAN 1AYAT DIBINA UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA
Berdasarkan ………tulis jenis pengenalan dipillih………jelaslah bahawa ...........................
………..isu/ tema karangan, berdasarkan tajuk karangan dipilih.
AYAT RANGSANGAN 2AYAT RANGSANGAN KEDUA- MENERUSKAN RANGSANGAN DAN MINAT PEMERIKSA MEMBACA KARANGAN PELAJAR SETERUSNYA.
Hal ini demikian kerana……………………
AYAT RANGSANGAN 3MENERUSKAN RASA MINAT PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR.
Bahkan juga…………………….
FRASA MENARIKPEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA
Peribahasa Melayu ada mengatakan/ Kata-kata pemimpin tuliskan nama/ Firman Allah ……………………………………….. ulaskan sedikit
UNSUR KBATKESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya……………………akibatnya. …………………….
AYAT ARAHANMENULIS AYAT TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya, bagaimanakah…….tema/tajuk karangan…….

Peringatan:- Penanda wacana di atas sebagai contoh untuk memandu pelajar memulakan ayat pada ruangan jadual pengembangan idea. Pelajar yang mahir mengarang mempunyai cara tersendiri untuk memulakan ayat berkenaan. InsyaAllah selepas menggunakan jadual berkenaan pelajar akan mendapati perenggan pengenalannya akan berkembang dan menunjukkan kematangan serta ayatnya diwarnai dengan bahasa yang menarik.

CONTOH MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN KARANGAN 

LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, DAN RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI.Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,


AYAT RANGSANGAN 1Lirik lagu Negaraku di atas meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati saya sebagai seorang warganegera Malaysia.
AYAT RANGSANGAN 2Sekiranya, lagu kebangsaan ini tidak mengusik jiwa pendengarnya, sudah pasti mereka bukanlah rakyat Malaysia sejati.
AYAT RANGSANGAN 3Seyogia sebagai warganegara yang sayang akan negara, kita perlu berkorban apa sahaja tamsilnya aktiviti yang kita lakukan contohnya dalam bidang sukan.
FRASA MENARIKHarimau mati meninggal meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
AYAT RANGSANGANPara atlet ternama negara seperti Allahyarham Mohtar Dahari, Dato’ Nicol Ann David, Dato’ Misbun Sidek, Dato’ Lee Chong Wei dan banyak lagi atlet negara telah mewarnai sukan negara terutama untuk memartabatkan negara agar duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara terbilang dalam acara sukan.
UNSUR KBATSekiranya atlet-atlet negara di atas tidak melakar nama negara di persada dunia, sudah pasti nama negara tidak akan dikenali oleh masyarakat dunia.
AYAT ARAHANPersoalannya, apakah langkah-langkah untuk memajukan sukan negara, kerana mutu sukan negara ada pasang dan surutnya.

Pada masa yang sama, pelajar perlu bijak menyelit istilah menarik:- contoh seyogia, cakna, gajet, mendominasi, dan sebagainya. ( Kemahiran ini akan diperoleh sekiranya pelajar rajin membaca yang akan memperkaya kosa kata atau perbendaharaan kata ).
Tanpa latihan yang kerap, pelajar sukar untuk mengaplikasi penghasilan karangan bertaraf A+ kerana, kaedah dan pendekatan ini memerlukan latihan yang berterusan. Siapa kata untuk mendapat markah A+ mudah...tetapi tidak mustahil diperoleh jika pelajar berusaha kerana usaha tangga kejayaan.


PENDEKATAN ATAU KAEDAH JADUAL PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN BAHAGIAN PERENGGAN ISI KARANGAN (UMUM)

Pelajar perlu tahu, banyak markah tertumpu kepada bahagian isi dan menjadi penentu untuk pemeriksa memberi markah kepada pelajar sama ada A+, A, A-, B+, B, C+,C, D, E atau G.
Sekiranya karangan bahagian isi pelajar bermasalah, jangan harap dapat cemerlang A+, A, A-, justeru, pelajar perlu mahir mengembangkan idea pada bahagian perenggan ini, disamping mengelak melakukan kesalahan sama ada ejaan, tanda baca, dan binaan ayat. Kesalahan berkenaan akan menyebabkan impresion pemeriksa akan terkesan, impaknya markahpun turun.


JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI (UMUM)

TEMA/ KATA KUNCI ISIPELAJAR MENULIS KATA KUNCI/ ATAU ISI- YANG HENDAK DITULIS
( APA ISI YANG HENDAK DIPERKATAKAN)
AYAT HURAIAN 1AYAT HURAIAN ISI.
(MENGAPA- TENTANG ISI)
PENANDA WACANA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMULAKAN AYAT ISI:-
AYAT HURAIAN 2AYAT HURAIAN ISI SETERUSNYA
( BAGAIMANA – ISI TERSEBUT BERLAKU ATAU TERJADI)
AYAT HURAIAN 3AYAT HURAIAN ISI SELANJUTNYA.
(KENAPA – BERKAITAN KETERANGAN ISI SELANJUTNYA )
AYAT CONTOHAYAT CONTOH- PERLUNYA PELAJAR BANYAK MEMBACA UNTUK MENGAITKAN ISI DENGAN CONTOH SEMASA (KEMATANGAN)
UNSUR KBATSEBAB DAN AKIBAT- JIKA BERLAKU----JIKA TIDAK…….KESANNYA……..
FRASA MENARIKPEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA.
SEKIRANYA PELAJAR BIJAK- FRASA MENARIK BOLEH DISELIT DI MANA-MANA RUANG
DALAM JADUAL PENGEMBANGAN ISI
AYAT PENEGASTEGASKAN SEMULA ISI
KONKLUSINYA/TELAH TERANG LAGU BERSULUH/JELASNYA/ TEGASNYA…………..TULIS SEMULA ISI YANG DIFOKUS


CONTOH MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN KARANGAN

CONTOH JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI PERTAMA



 Kata Kunci IsiPada hemat saya, antara langkah untuk memajukan bidang sukan di negara kita adalah dengan menyediakan imbuhan kepada atlet sukan yang telah berjaya dalam karier mereka sebagai atlet bertaraf dunia.
Ayat huraian 1Hal ini demikian kerana, dengan adanya imbuhan lumayan atau insentif tersebut para atlet akan lebih bersungguh-sungguh mempertajam kemahiran mereka untuk berhadapan atlet-atlet besar dunia.
Ayat huraian 2Oleh itu, adalah tidak salah jika atlet-atlet yang telah mencurahkan keringat dan berjaya dipersada dunia diberi imbuhan setimpal dengan jasa dan bakti mereka menggugat dan mengatasi jaguh-jaguh sukan ternama dunia.
Ayat huraian 3Kini, atlet negara kita amat disegani oleh atlet dunia terutama dalam permainan badminton, squash, acara larian sukan paralimpik, acara terjun lompat anjal, lompat kijang dan sebagainya kerana mereka telah membuktikan bahawa mereka setaraf dengan jaguh bertaraf dunia yang lain.
Ayat contohTamsilnya, atlet paralimpik negara seperti Latif Romli yang telah menggegarkan dunia, bukan sahaja memecah rekod atlet dunia dalam acara lompat kijang, malahan memecahkan rekod sendiri di Stadium Olimpik Reode Janeiro, Brazil.
Ayat Berunsur KBATSekiranya, insentif ini tidak diberi sudah pasti mutu sukan negara tidak akan setaraf dengan perkembangan sukan negara maju.
Ayat Berunsur KBATMalahan untuk kita melihat lebih ramai anak bangsa berjaya dalam bidang sukan agak sukar.
Frasa menarikPeribahasa Melayu ada mengatakan di mana ada gula, di situ ada semut.
Ayat penegasBenarlah bahawa menyediakan imbuhan yang lumayan kepada atlet dapat memajukan bidang sukan negara.

JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP:-

JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

PERKARAKETERANGAN
Ayat PenyimpulAyat untuk permulaan penutup perenggan
Konklusinya……………………………………………………
Ayat cadanganSeyogia ……………..
Ayat cadanganOleh sebab itu, ……………………….
Ayat cadanganTambahan pula, …………………………..
Frasa menarikHal ni kerana …………………………………
Ayat harapanInsyaAllah, sekiranya……………………………….

CONTOH MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN KARANGAN 

JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

PERKARAKETERANGAN
Ayat PenyimpulKonklusinya, usaha untuk memajukan sukan negara adalah tanggungjawab bersama.
Ayat cadanganSeyogia sukan sememangnya alemen penting dalam pembentukan insan seimbang dan pembentukan negara jaya.
Ayat cadanganOleh sebab itu, semua pihak perlu berusaha membudayakan aktiviti riadah dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda.
Ayat cadanganTambahan pula, ibu bapa merupakan orang paling hampir dan bertanggungjawab mencorak kehidupan anak-anak kerana anak-anak ibarat kain putih, dan ibu bapalah yang mencorakkanya supaya mereka berjinak-jinak melibatkan diri melakukan aktiviti yang bermanfaat ini.
Frasa menarikHal ni kerana untuk pembentukan insan paling afektif dilakukan semasa kecil lagi kerana melentur buluh biralah daripada rebungnya.
Ayat harapanInsyaAllah, sekiranya aktiviti sukan menjadi budaya seharian masyarakat, usaha kerjaan untuk melahirkan lebih ramai atlet negara dan jika tidakpun akan melahirkan masyarakat yang sihat untuk membangunkan negara tercinta.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING